Persidangan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009

Aktivisme

Sepanjang minggu pertama persidangan, berlakunya beberapa tunjuk perasaan kecil-kecilan.[21] Pada 12 Disember, berlangsungnya sebuah perarakan besar di Copenhagen untuk menyeru agar tercapainya persetujuan iklim global yang dihadiri seramai 40,000 hingga 100,000 orang.[22] 968 penunjuk perasaan ditahan, termasuk 19 orang yang ditahan kerana membawa pisau lipat dan bertopeng sepanjang tunjuk perasaan, tetapi kesemua mereka dibebaskan tanpa didakwa kecuali 13 orang. Seorang pegawai polis tercedera oleh batu manakala seorang penunjuk perasaan terkena mercun.[21] Sebilangan penunjuk perasaan dikandangkan oleh polis lalu ditahan selama berjam-jam tanpa makanan, air atau tandas,[23] sebelum digari lalu diangkut oleh bas ke pusat tahanan.[24] Para penunjuk perasaan dilaporkan berasa marah terhadap taktik-taktik "penindasan" oleh taktik polis.[22] Pihak polis pula berkata tindakan tersebut adalah perlu untuk menangani pertubuhan-pertubuhan seperti Never Trust A COP yang mengaku akan "menyerang struktur-struktur yang menyokong COP15 secara sedar-sedar" dalam tapak webnya. Per Larsen, ketua pegawai koordinasi angkatan polis Copenhagen memaklumkan akhbar New York Times bahawa kejadian ini "sememangnya tindakan polis terhebat yang pernah kami ambil dalam sejarah Denmark."[25]

Aktivisme antarabangsa

Kira-kira 20,000 orang menyertai perarakan di London, seminggu sebelum bermulanya persidangan, untuk menyeru para pemimpin British agar memaksa negara-negara maju untuk mengurangkan keluaran bahan pencemarnya sebanyak 40% menjelang tahun 2020 serta memperuntukkan $150 bilion setahun sehingga 2020 untuk membantu negara-negara termiskin di dunia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.[26] Seramai 50,000 orang menyertai sebilangan acara tunjuk perasaan di Australia, ketika berlangsungnya persidangan, untuk menyeru para pemimpin dunia untuk membentuk satu persetujuan yang kukuh dan sah di sisi undang-undang.[27] Perarakan terbesarnya berlangsung di Melbourne.[28]

The Danish Text

Sebuah dokumen kebocoran yang digelar "The Danish Text" telah mencetuskan perbalahan antara negara maju dan membangun. Dokumen yang berjudul kecil "The Copenhagen Agreement" ini mencadangkan langkah-langkah untuk memastikan kenaikan suhu global purata pada 2 darjah Celsius di atas takat pra-perindustrian. Negara-negara membangun membalas dokumen tersebut dengan menyatakan bahawa negara-negara maju bekerjasama dan bersepakat secara senyap-senyap tanpa kebenaran negara-negara membangun. Lumumba Stanislaus Di-Aping, pengerusi G77, berkata, "Isi kandungannya yang amat berat sebelah ini berniat untuk menjatuhkan hasil dua tahun rundingan dengan sepenuhnya, tanpa menghiraukan cadangan dan suara negara-negara membangun".[29] Timbulnya rasa tidak senang duduk mengenai isi kandungan dokumen tersebut setelah diberi analisa sulit oleh negara-negara membangun.[30]

Masalah rundingan

Pada 16 Disember, timbulnya spekulasi bahawa sidang kemuncak di Copenhagen berada dalam bahaya. "Kami tidak mencapai apa-apa peningkatan" kata suatu sumber yang mengikuti rundingan tersebut. "Apa yang tidak disedari orang ramai adalah bahawa kita sekarang belum bersedia menerima persepakatan pemimpin kita. Rundingan kini sudah lewat 18 jam."[31]

The Guardian melaporkan bahawa para pemimpin sedang berbincang secara terbuka mengenai hasil terbaik yang boleh dicapai berupa "persetujuan politik lemah yang tidak mampu membuka laluan yang jelas untuk menangani pengeluaran gas rumah hijau". Ertinya, rundingan terpaksa dilanjutkan hingga tahun 2010, memburukkan lagi kesan kerosakan pengeluaran bahan-bahan tersebut.[31]

Pada 18 Disember, ketua UNEP memberitahu BBC bahawa "pada waktu pagi ini, adanya sidang kemuncak mengalami krisis" dan hanya ketibaan ketua-ketua negara yang dapat memastikan sidang kemuncak berakhir dengan jayanya. Ketua perubahan iklim WWF di Britain berkata, cadangan-cadangan yang diajukan setakat ini, khususnya dari negara-negara berindustri, "semuanya langsung tidak memenuhi keperluan dunia".[32]

Para pemimpin dan menteri dari lebih kurang 30 negara telah menggariskan persetiaan iklim pada awal pagi 18 Disember, iaitu beberapa jam sebelum kira-kira 130 pemimpin dunia bersidang.[33]

Berkaitan

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 Persidangan Potsdam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 Persidangan Dunia mengenai Pengurangan Risiko Bencana Persidangan Meridian Antarabangsa Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Persidangan Pemakaian Bahasa Esperanto di bidang Sains dan Teknologi Persidangan Geneva 1954 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015

Rujukan

WikiPedia: Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 http://www.smh.com.au/environment/climate-change/c... http://www.theaustralian.com.au/news/nation/climat... http://www.themonthly.com.au/monthly-essays-tim-fl... http://www.cbc.ca/world/story/2009/12/18/copenhage... http://www.iisd.ca/upcoming/linkagesmeetings.asp?i... http://www.cnn.com/2009/POLITICS/12/18/obama.copen... http://www.cnn.com/2009/WORLD/europe/12/09/danish.... http://www.facebook.com/cop15 http://ibnlive.in.com/news/last-day-of-copenhagen-... http://www.livemint.com/2009/12/16183943/Climate-c...